HARI PERTAMA DI SABAH
BERSAMA ANOD KAMAL UQIE LYNN SARA
Friday, July 06, 2012









 |
| Tanjung The Tip of Borneo |
The Tip of Borneo.
Pagi di Kundasang
seperti biasa cuaca sejuk yg seperti taknak tinggalkan katil yg sejuk .so
agenda hari ini memerlukan kami bergerak awal kerana mengikut anod perjalanan
menuju ker Tip of Borneo memerlukan masa antara 2 setengah ker
3jam. So apabila semua dah siap kami pun menuju ker destinasi kami dan dalam perjalanan
tu kami singgah ker Pekan Kota Belut
untuk sarapan pagi. Pekan yg tak berapa besar tu kelihatan amat sibuk dengan
terdapat banyak bank-bank di situ kota belut terkenal dengan kuda padi nya.
Selesai kami sarapan kami mengisi minyak penuh minyak avanza kami kerana di
sabah susah untuk mengisi minyak kerana hanya di pekan- pekan sahaja terdapat
stesyen Minyak. The tip of Borneo ter letak di Simpang Mengayau mempunyai pantai yg cantik dan ombak yg
kuat.ianya adalah bucu negeri sabah didalam peta.cuaca hari amat panas sekali
dan kami nampak ader la sorang peniaga ais krim menggunakan motorsikal roda 3
tu.kami belilah 2 conetto 3 ais krim biasa yg harga di kedai biasa dalam Rm1-
Rm1.50 tapi kat situ kami terkena semua sekali Rm16 hengget. Pengajarannya tanya
dulu arger sebelum membeli. Permandangan kat sini memang cantik dengan pantai
dia yang jernih dan ombak yang kuat. Tak ramai yg mandi kat sini mungkin sebab
terlalu jauh kot dan kebanyakan yang mandi kat sini adalah mereka yang menginap
kat chalet berhampiran. Ataupun coz kami datang pada hari bekerja…heheheh. Coz
kami tak mandi so agenda kami ialah posing time. Habis la semua tempat kami
berposing lebih lebih lagi kat mercu tanda Tip of Borneo yang menandakan kami
telah sampai ker penghujung peta Malaysia timur. Kebetulan pada masa itu
beberapa pelancong dari Sarawak yang berada disitu meminta tolong kami untuk
menangkap gambar mereka, lepas mereka kami la pulak mintak tolong dari mereka…
heheheh. Selepas hampir sejam kami bersessi fotografi kami berlima pun menempuh
kembali jalan yang kami lalui tadi. Destinasi seterusnya ialah ke Kota Kinabalu
dimana disitu juga adalah tempat terakhir kami bermalam di Sabah. Ketika dalam
perjalanan pulang kami sempat singgah ke Rumah
Panjang Kaum Rungus di Kudat.Kami disambut dengan kedai
perhiasan daripada manik yang sangat popular di sabah.di situ kelihatan
beberapa kaum ibu dari kaum Rungus sedang membuat hiasan yg berupa gelang
tangan, rantai dan bermacam macam lagi dari pada manik. Setelah selesai melihat
perhiasan tersebut, kami terus ke pintu masuk untuk kerumah panjang tersebut. Bayaran
masuknyer adalah RM3 sahaja seorang. Panjang rumah tersebut lebih kurang 50
meter panjang. Di bahagian dalamnya terdapat beberapa buah bilik. Juga terdapat
beberapa jenis gong yang berbagai saiz di pamerkan disitu. Setelah meluangkan
masa lebih kurang 40 minit kami kami pun meruskan perjalanan kami yang masih
jauh untuk sampai ker Kota Kinabalu. Kami perlu mencari tempat penginapan
apabila sampai di KK kerana kami masih belum menempah hotel disana. Menurut
Anod tempat penginapan cukup banyak di KK kerana itu kami tak perlu risau. Kami
sampai di KK ketika malam telah menjengah langit di Kota Kinabalu. Terus kami
ke kawasan di mana pasar malam diadakan berhampiran Pasar Philiphine. Setelah mendapat tempat meletak kenderaan
perut kami pun meminta diisi setelah melalui perjalanan yg agak panjang dari
Kudat tadi.Tempat makan popular disitu mana lagi kalau tak berhampiran pasar
Philiphine iaitu medan ikan bakar.
Setelah membuat pilihan antara deretan gerai ikan bakar kami pun duduk di
salah sebuah gerai yang kami kira mempunyai harga ikan yang berpatutan. Memilih
jenis ikan bakar yg mengikut selera kami dengan disajikan dengan Rumpai laut adalah satu pengalaman
yg pasti dilalui oleh sesiapa yang melawat Sabah. Tak cukup dengan ikan bakar
Lin juga menyuruh saya mencari Udang
karang yg mana kita ketahui sangat mahal harganya di semenanjung tetapi
saya boleh dapati di sini pada harga Rm25 seekor yang sederhana besar. Setelah
selesai makan malam kami terus ker pasar Philiphine yang kebanyakan kedai sudah
bersedia mengakhiri urusan mereka pada hari itu. Jadi tak banyak kedai yang
dapat kami singgah.Setelah mendapat beberapa buah tangan berupa mutiara pada
harga yang agak mahal di situ kami pun beralih pula pada deretan pasar malam di seberang jalan. Di
situ perhiasan dari pada mutiara asli adalah lebih murah daripada yang berada
di dalam pasar Philiphine. Anda perlu pandai memilih kerana terdapat beberapa
jenis mutiara iaitu mutiara laut atau
air masin yang lebih mahal harganya kerana mutiara yg lebih bulat
manakala mutiara air tawar
kelihatan bulat tidak sekata dan lebih murah berbanding mutiara air masin.
Perlu diingatkan juga terdapat mutiara
tiruan yg boleh dikenal pasti dengan melihat terdapat kesan warna
terkopek pada mutiara tersebut kebanyakkannya di pasar malam di jual lebih
murah. Ketika kami dipasar malam tersebut kami dikejutkan dengan adengan ragut
yang melibatkan seorang perempuan dari semenanjung yang menyepit dompet
panjangnyer dicelah ketiak ketika sedang memilih barangan disitu. Kerana keperihatinan
peniaga disana lelaki terbabit dapat di tangkap betul betul dihadapan saya.
Setelah mencuci mata dipasar malam kami memutuskan untuk pergi mencari tempat
penginapan kebetulan badan kami merasa amat letih sekali. Tempat penginapan
kami untuk malam terakhir di Sabah ialah di Stay Inn Hotel. Harga untuk semalam adalah Rm80. Hotel ini
terletak di tingkat satu dan bersebelahan pusat urut Manja. Selesai jer proses
daftar masuk saya pun terus mendapatkan katil akibat terlalu letih saya pun
terlelap….zzzzzzzzzzzz
berguna untuk sesiapa yg nak melaancong ker sabah.
BalasPadam