Selasa, 3 Julai 2012

hari ketiga di sabah

HARI PERTAMA DI SABAH
BERSAMA ANOD KAMAL UQIE LYNN SARA
Friday, July 06, 2012 








Tanjung The Tip of Borneo


The Tip of Borneo.
Pagi di Kundasang seperti biasa cuaca sejuk yg seperti taknak tinggalkan katil yg sejuk .so agenda hari ini memerlukan kami bergerak awal kerana mengikut anod perjalanan menuju ker Tip of Borneo memerlukan masa antara 2 setengah ker 3jam. So apabila semua dah siap kami pun menuju ker destinasi kami dan dalam perjalanan tu kami singgah ker Pekan Kota Belut untuk sarapan pagi. Pekan yg tak berapa besar tu kelihatan amat sibuk dengan terdapat banyak bank-bank di situ kota belut terkenal dengan kuda padi nya. Selesai kami sarapan kami mengisi minyak penuh minyak avanza kami kerana di sabah susah untuk mengisi minyak kerana hanya di pekan- pekan sahaja terdapat stesyen Minyak. The tip of Borneo ter letak di Simpang Mengayau mempunyai pantai yg cantik dan ombak yg kuat.ianya adalah bucu negeri sabah didalam peta.cuaca hari amat panas sekali dan kami nampak ader la sorang peniaga ais krim menggunakan motorsikal roda 3 tu.kami belilah 2 conetto 3 ais krim biasa yg harga di kedai biasa dalam Rm1- Rm1.50 tapi kat situ kami terkena semua sekali Rm16 hengget. Pengajarannya tanya dulu arger sebelum membeli. Permandangan kat sini memang cantik dengan pantai dia yang jernih dan ombak yang kuat. Tak ramai yg mandi kat sini mungkin sebab terlalu jauh kot dan kebanyakan yang mandi kat sini adalah mereka yang menginap kat chalet berhampiran. Ataupun coz kami datang pada hari bekerja…heheheh. Coz kami tak mandi so agenda kami ialah posing time. Habis la semua tempat kami berposing lebih lebih lagi kat mercu tanda Tip of Borneo yang menandakan kami telah sampai ker penghujung peta Malaysia timur. Kebetulan pada masa itu beberapa pelancong dari Sarawak yang berada disitu meminta tolong kami untuk menangkap gambar mereka, lepas mereka kami la pulak mintak tolong dari mereka… heheheh. Selepas hampir sejam kami bersessi fotografi kami berlima pun menempuh kembali jalan yang kami lalui tadi. Destinasi seterusnya ialah ke Kota Kinabalu dimana disitu juga adalah tempat terakhir kami bermalam di Sabah. Ketika dalam perjalanan pulang kami sempat singgah ke Rumah Panjang Kaum Rungus di Kudat.Kami disambut dengan kedai perhiasan daripada manik yang sangat popular di sabah.di situ kelihatan beberapa kaum ibu dari kaum Rungus sedang membuat hiasan yg berupa gelang tangan, rantai dan bermacam macam lagi dari pada manik. Setelah selesai melihat perhiasan tersebut, kami terus ke pintu masuk untuk kerumah panjang tersebut. Bayaran masuknyer adalah RM3 sahaja seorang. Panjang rumah tersebut lebih kurang 50 meter panjang. Di bahagian dalamnya terdapat beberapa buah bilik. Juga terdapat beberapa jenis gong yang berbagai saiz di pamerkan disitu. Setelah meluangkan masa lebih kurang 40 minit kami kami pun meruskan perjalanan kami yang masih jauh untuk sampai ker Kota Kinabalu. Kami perlu mencari tempat penginapan apabila sampai di KK kerana kami masih belum menempah hotel disana. Menurut Anod tempat penginapan cukup banyak di KK kerana itu kami tak perlu risau. Kami sampai di KK ketika malam telah menjengah langit di Kota Kinabalu. Terus kami ke kawasan di mana pasar malam diadakan berhampiran Pasar Philiphine. Setelah mendapat tempat meletak kenderaan perut kami pun meminta diisi setelah melalui perjalanan yg agak panjang dari Kudat tadi.Tempat makan popular disitu mana lagi kalau tak berhampiran pasar Philiphine iaitu medan ikan bakar.
Setelah membuat pilihan antara deretan gerai ikan bakar kami pun duduk di salah sebuah gerai yang kami kira mempunyai harga ikan yang berpatutan. Memilih jenis ikan bakar yg mengikut selera kami dengan disajikan dengan Rumpai laut adalah satu pengalaman yg pasti dilalui oleh sesiapa yang melawat Sabah. Tak cukup dengan ikan bakar Lin juga menyuruh saya mencari Udang karang yg mana kita ketahui sangat mahal harganya di semenanjung tetapi saya boleh dapati di sini pada harga Rm25 seekor yang sederhana besar. Setelah selesai makan malam kami terus ker pasar Philiphine yang kebanyakan kedai sudah bersedia mengakhiri urusan mereka pada hari itu. Jadi tak banyak kedai yang dapat kami singgah.Setelah mendapat beberapa buah tangan berupa mutiara pada harga yang agak mahal di situ kami pun beralih pula pada deretan pasar malam di seberang jalan. Di situ perhiasan dari pada mutiara asli adalah lebih murah daripada yang berada di dalam pasar Philiphine. Anda perlu pandai memilih kerana terdapat beberapa jenis mutiara iaitu mutiara laut atau air masin yang lebih mahal harganya kerana mutiara yg lebih bulat manakala mutiara air tawar kelihatan bulat tidak sekata dan lebih murah berbanding mutiara air masin. Perlu diingatkan juga terdapat mutiara tiruan yg boleh dikenal pasti dengan melihat terdapat kesan warna terkopek pada mutiara tersebut kebanyakkannya di pasar malam di jual lebih murah. Ketika kami dipasar malam tersebut kami dikejutkan dengan adengan ragut yang melibatkan seorang perempuan dari semenanjung yang menyepit dompet panjangnyer dicelah ketiak ketika sedang memilih barangan disitu. Kerana keperihatinan peniaga disana lelaki terbabit dapat di tangkap betul betul dihadapan saya. Setelah mencuci mata dipasar malam kami memutuskan untuk pergi mencari tempat penginapan kebetulan badan kami merasa amat letih sekali. Tempat penginapan kami untuk malam terakhir di Sabah ialah di Stay Inn Hotel. Harga untuk semalam adalah Rm80. Hotel ini terletak di tingkat satu dan bersebelahan pusat urut Manja. Selesai jer proses daftar masuk saya pun terus mendapatkan katil akibat terlalu letih saya pun terlelap….zzzzzzzzzzzz 

1 ulasan: