HARI KEDUA DI SABAH
THURSDAY 2012 JULY 05
Hari kedua nak bangun pagi pun malas... pagi yg cerah lagi awal dari semenanjung cuaca sejuk masih mengigit tulang ni.raser macam taknak mandi jer tapi memandangkan banyak aktiviti yg nak gi,aku gagahi la jugak.semua dah siap,agenda utama adalah sarapan pagi... so gi arr cari kedai makan,jalan-jalan jumpa la dengan Café Walai Tokou.tengok menu dia ok gak arr ada goreng-goreng dan ke makanan Westen.Harga dia RM7-8 kalau tak silap saya la.. tapi yg paling saya tak suka sebab kat sini banyak lalat… tak tau mana datangnya.(mungkin sebab tu perut asyik meragam jer…)
Selesai jer makan kami pun terus ker destinasi pertama kami untuk hari ini ialah Kundasang Dairy Farm.Jarak dari kedai makan ker Dairy Farm tu lebih kurang dalam 20mnt jer.Tempatnya terletak di atas bukit,jadi ia memang perjalan yg mendaki.Bayaran masuk ker sana Cuma Rm3 sahaja. Dari jauh dah nampak padang ragut yg luas saujana mata memandang.padang ragut yg ala-ala di New Zealand ni dengan suasana yg sejuk memang best.
Lepas bergambar kat batu besar yg menyambut kedatangan kami,kami pun terus pergi ke kilang memproses susu lembu disini.malangnyer kami tak dapat melihat proses memerah susu lembu kerana ia Cuma dilakukan pada pukul 3 petang sahaja.Tapi kata orang yg jual tiket tu boleh datang balik menggunakan tiket yg sama.Kami beli la susu dan coklat kotak yg dijual dengan harga yg murah.kata penjual susu tu produk ini dipasarkan Cuma di Sabah dan Sarawak sahaja. Dan untuk kali terakhir kami pun bergambar sekali lagi dengan lembu-lembu dengan lebih dekat lg.
Selesai bergambar kami pun teruskan perjalanan kami iaitu destinasi kedua iaitu War Memorial Kundasang.Dalam perjalanan ke sana kami singgah di sebuah resort yg boleh dikatakan termahal di situ sempat juga la kami bergambar dengan Ieza yg baru balik kerja di resort berkenaan.Sampai jer ke War memorial tu sekali kami dikenakan bayaran masuk iaitu Rm3.Disitu tempatnya di jaga bersih.
. 

Kat situ terdapat taman taman kecil dan nama-nama tentera British yg terkorban di Borneo.Tempat ini juga dikatakan buah fikiran bersama Dato’ Tengku Zainal Adlin.selepas selesai acara bergambar kami pun terus ker destinasi ketiga kami iaitu Poring Hot Spring.sebelum tu sempat singgah di Pekan Kundasang yg sama seperti kedai sayur dan buah di Cameron Hingland.sempat jugak la kami beli buah-buahan yg siap di potong untuk bekalan kami di hot spring nanti.
Perjalanan kami mengambil masa dalam 30-45 mnt.Sampai kami di Poring Hot Spring seperti biasa bayaran masuk untuk seorang adalah Rm3.Kami pun dengan bersemangat nak mandi air panas siap salin kasut.Perjalanan ker hot spring melalui jambatan baru dalam 15mnt jer. kat situ ader kemudahan surau dan tandas dan tempat salin baju yg selesa.tiba disitu kami
nampak papan tanda yg tertulis Canopy Walk.
Kitaorg pun menerus kan
la perjalanan menuju mengikut arah papan tanda tersebut.sebelum tu terdapat
juga taman rama rama di situ yg mengenakan bayaran Rm3 juga.Sampai jer ker
kaunter canopy walk tu sekali lg kami perlu membeli tiket yg berharga Rm3
tetapi kami perlu menambah Rm5 untuk camera.
Jadi kami hanya membayar untuk satu
kamera iaitu kamera kamal la.perjalan untuk sampai ker jambatan gantung tu rupanya penuh berliku.perlu medaki adalah
perjalanan yg memenatkan dengan hanya memakai selipar.So saper-saper yg nak
naik ker Canopy Walk pastikan pakai kasut dan kalau gayat takyah la
memenat kan diri mendaki perjalan termasuk canopy walk hampir 1000
meter.
Selesai jer canopy walk mulalah kaki kami semua sakit coz semua pakai
selipar jepun jer.mujur la ader kolam air panas kat bawah tu aper lagi semua
pun pakat rendam kaki arrr mula nya nak mandi tapi penat agaknyer dan maser yg
diambil kat atas tu lama sangat so rendam kaki cukup arr.
Selesai acara kami di
poring kami pun meneruskan acara kami seterusnya iaitu ker Sabah tea.kamal kater
sabah teh itu pun dah nak sampai baru dia tau ohhhhh kater la tehhh…(rupanya
dia taktau kitaorg nak gi mana….)
 |
| senja di pekan kundasang.. |
Ladang teh dia tak la besar macam kat cameron
Hingland tu dam suasana kat sini tak dingin macam cameron. Lepas kami dah beli
teh untuk dibawa balik kl kami pun pekene la teh kat café dia. Saya pun cuba la
teh tongkat ali pehh… kalau korang tak tahan pahit tak payah order la……. Anod
order Teh Tarik Nalapak pehhh 3 layer tu… Harga nya Cuma Rm4 sahaja
best mesti cuba tu..
Habis lepak kat sini kami pun bergegas la berangkat ker
kundasang kembali… dalam perjalanan pulang tu kami singgah ker Kompleks
sukan Ranau.kompleks ni terletak diatas bukit dan suasananya amat
dingin sekali. Kompleks ni memang seperti yg kita
tau, kompleks yg tidak diurus dgn teliti.. so bila kami dah sampai sini kami
pun cuba la trek dia……. Trek dia bersih dan cantik terdapat beberapa orang
tempatan sedang berjoging ketika itu. Di dalam dewan juga terdapat beberapa
orang sedang bermain badminton.
Dah penat kami berlari dan berposing kami pun
meneruskan perjalanan kami… perut kami pun dah minta diisi so kami pun cari la
tempat makan. Setibanya kami di Pekan Ranau kami
pun singgah ker KFC, sajer nak makan KFC Sabah…hehehe.Selesai makan KFC Ranau Lynn
mengidam untuk makan bihun tomyam lalu kami mencari kedai tomyam mujur terdapat
kedai tomyam di pekan tersebut. Sementara menunggu tomyam di ”top-up” bak kata
kamal (tapau), Anod dan Kamal mencari klinik kerana kamal sakit perut. Tapi
mungkin kerana agak lewat tiada satu klinik pun yg beroperasi.
Kami pun
meneruskan perjalanan kembali ke tempat penginapan kami. Setelah sampai kami
pun merehatkan badan dalam suasana cuaca yang sejuk kerana perlu bangun lebih
awal untuk perjalanan yang jauh keesokkan harinya….zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan