Selasa, 3 September 2013

Cara membuat lemang

Lemang

Bahan bahan asas
Buluh lemang
Daun pisang muda
Beras pulut
Santan kelapa

Buluh lemang yang siap dipotong mengikut ruas buluh.kemudian harus dibasuh luar dan dalam.
Sabri Syawal dan Mirza yang mengikut mencari buluh di hutan
buluh lemang yang telah siap dibasuh

Kemudian masukkan daun pisang yang telah di lap dan digulung menggunakan pelepah pisang.
Setelah selesai masukkan beras pulut yang telah direndam selama 3~4 jam dan ditoskan airnya. Harga beras pulut pada 2013 adalah sekitar Rm44~45.00 10kg. Masukkan beras sehingga tinggal ruangan sebanyak 1 inci setengah dari mulut buluh.
Semasa masukkan beras buatkan hentakkan perlahan supaya beras sampai ke bawah. Apabila selesai masukkan sehingga penuh santan kelapa yang telah diletakkan gula,garam dan buah keras(dikisar halus).
antara tenaga kerja yang menjayakan projek lemang 2013
Kemudian bermula proses pembakaran lemang dengan penjagaan api yang sempurna. Biasanya proses pembakaran mengambil masa dalam 2.30 ~ 3 jam bergantung penjagaan api.
tukang menghidupkan api
antara tenaga kerja dalam proses membakar
terima kasih kepada semua yang membantu dari awal sehingga keakhir rancang PROJEK LEMANG 2013. SEHINGGA BERJUMPA LAGI
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan