Sabtu, 6 Oktober 2012

HARI PERTAMA DI SABAH

HARI PERTAMA DI SABAH
 Wednesday, July 04, 2012
 BERSAMA ANOD, KAMAL, UQIE, LYNN & SARA
 


Dato Tengku Zainal Adlin sedang memperkatakan sesuatu kepada kami tentang tempat-tempat menarik di Sabah. 


PUDING KELAPA antara yang perlu dicuba apabila sampai ker KK

Rumah Terbalik (Upside Down)

 

Sampai di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu dalam pukul 12.30 tgh hari.keluar saja dari airport anod dah menunggu kami.Anod bersama kereta sewa yg pada mulanya menyewa BLM tapi kawannya bg Avanza... Alhamdulillah syukur.Destinasi kami yg pertama adalah mengisi perut yg minta diisi.So anod bawa la tempat yg paling hampir dgn airport iaitu  Tanjung Aru. Sampai kat sana wah... lautnya yg pasir dia putih,ombak yg kuat pehhhh... mulanya nak makan tapi Kamal ader janji ngan Dato Tengku Zainal Adlin sebelum dia keluar makan dengan kawan dia.so kami pun bergerak kesana dulu yg mengambil masa dalam 20minit kot nak sampai ker Bangunan Tourism Sabah di tengah bandaraya.sampai kat situ kami di sambut dengan mesra oleh Dato Tengku Zainal Adlin. Dato' menceritakanlah tentang tempat menarik disabah ni.

Bangga betul dia dengan tempat menarik di sabah. Dalam 30 minit gak dia berborak dengan kami dan dekat sekilo sorang la dapat risalah dan cd dari Dato'.taknak melengahkan masa Dato' kami pun beredar dengan ucapan terima kasih.

 Destinasi seterusnya semestinya mengisi perut yg dah mendendangkan lagu rock kapak. aper lg Anod bawak la kami ker kedai makan di tepi laut kalau tak silap saya kat Likas kot.tapi semua kedai makan kat situ kebanyakkan beroperasi pada malam hari.so Anod Cadangkan kami pergi makan kat kedai Puding Kelapa. Sampai jer kat situ trus pesan puding kelapa 4,Lokan bakar 1set,kemudian masing-masing pesan goreng- goreng lapar la katerkan.Pehhh... puding kelapa memang terbaik,(hanya di KK).

Perut dah kenyang kami pun terus ker destinasi seterusnya iaitu ke Rumah Terbalik yg dikatakan cuma ader lima jer kat dunia ni( kata diaorang lar).bayaran masuk kerumah terbalik tu pada aku tak berbaloi,tapi alang-alang dah sampai masuk gak arr.lepas dengar penerangan oleh orang pakai kain batik dan di bawa berjalan di red carpet sekitar rumah terbalik.malangnya dalam rumah tu tak dibenarkan untuk mengambil gambar.selesai jer kami bergambar lebih kurang kat luar tu kami pun beredar.teruskan ker destinasi setrusnya iaitu jambatan Tamparulli di Tuaran .sampai kat jambatan tu hujan pun menyambut kedatangan kami yg pada mulanya renyai kemudiannya sehingga menghambat kami dari situ... 

Aper boleh buat tapi sempat la kami bergambar jugak.. meneruskan perjalanan kami iaitu ker Kundasang.perjalanan ker kundasang mengambil masa dalam 45mnt ker 1 jam.dipertengahan perjalanan kami singgah di Pekan Nabalu.okay la gak la pekan dia,tak berapa besar.jalan jalan di kedai cenderamata disitu sambar gak la sorang satu topi Borneo Sabah harganya cuma rm10 jer. okay la dah dapat barang kami pun beredar.kat sini suasana sejuk mula mengigit ker tulang. sebelum sampai ker kundasang ader la beberapa tempat kami singgah untuk bergambar dengan kamera baru Kamal.perut pun dah berbunyi maklumla dah lewat petang baru kami sampai di Kundasang.sebelum kami chek-in di Strawberry Garden resort kami pergi la makan malam kat Pekan Kundasang.kat situ saya makan sup soto(bihun tebal) Sambil tu order gak sayap ayam .

Selesai kami semua makan kami pun terus ker hotel untuk chek-in hotel kami yg dah ditempah pada awalnya oleh Anod.sampai hotel badan pun dah tak larat,kene pulak suasana sejuk pehhh memang terbaik untuk landing ni......Zzzzzzzzzzzz...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan