Selasa, 3 September 2013

Cara membuat lemang

Lemang

Bahan bahan asas
Buluh lemang
Daun pisang muda
Beras pulut
Santan kelapa

Buluh lemang yang siap dipotong mengikut ruas buluh.kemudian harus dibasuh luar dan dalam.
Sabri Syawal dan Mirza yang mengikut mencari buluh di hutan
buluh lemang yang telah siap dibasuh

Kemudian masukkan daun pisang yang telah di lap dan digulung menggunakan pelepah pisang.
Setelah selesai masukkan beras pulut yang telah direndam selama 3~4 jam dan ditoskan airnya. Harga beras pulut pada 2013 adalah sekitar Rm44~45.00 10kg. Masukkan beras sehingga tinggal ruangan sebanyak 1 inci setengah dari mulut buluh.
Semasa masukkan beras buatkan hentakkan perlahan supaya beras sampai ke bawah. Apabila selesai masukkan sehingga penuh santan kelapa yang telah diletakkan gula,garam dan buah keras(dikisar halus).
antara tenaga kerja yang menjayakan projek lemang 2013
Kemudian bermula proses pembakaran lemang dengan penjagaan api yang sempurna. Biasanya proses pembakaran mengambil masa dalam 2.30 ~ 3 jam bergantung penjagaan api.
tukang menghidupkan api
antara tenaga kerja dalam proses membakar
terima kasih kepada semua yang membantu dari awal sehingga keakhir rancang PROJEK LEMANG 2013. SEHINGGA BERJUMPA LAGI
 

Sabtu, 20 Oktober 2012

Lagi gambar menarik utk tatapan anda

Smile
Anod selaku jurupandu kami di sabah dengan avanza (kereta Sewa) di Tanjung Rhu


pilih Tea di Kedai Sabah Tea



ni adalah Special tea di Sabah Tea Cafe



ada tugu tentera British di sini


kompleks SuKan Ranau


Gunung Kinabalu



Harimau Malaya
Pantai di 
Ladang Ternak Lembu SUSU

http://www.google.com.my/search?q=gambar+menarik+di+sabah&hl=ms&sa=G&tbo=u&rlz=1Y1ECZH_en___MY514&tbm=isch&source=univ&ei=28XOUNOxBMzjrAer0oHoDw&ved=0CDQQsAQ

Jumaat, 12 Oktober 2012

Hanya Di Sabah! !

*Tentang makanan kat sabah anda order la aper sahaja termasuk nasi lemak. .. Anda akan di sertakan semangkuk sup.. Hehheheee

*Berkenaan dengan haiwan peliharaan ni Anjing anda akan nampak dimana mana sahaja ibarat macam kambing dahhh..... Bersepah sepah...

*R&R ~ maklum la sana tiada kawasan r&r yg krusus untk pemandu membuang air kecil, jadi akan anda nampak pemandu ini memberhentikan kenderaan mereka ditepi jalan jika melalui jalan yg panjang dan tiada tempat yg sesuai melepaskan hajat mereka itu.

*Kenderaan besar seperti lori minyak ataupun lori pengangkut barangan akan dipasang dengan saluran getah kecil yg berisi air dibahagian berhampiran tayar mereka untuk membasahi tayar kenderaan mereka ketika melakukan perjalanan yg jauh..(bukan di bandar)


*Di setiap rumah di Sabah pasti kelihatan tong air berwarna biru setingggi 6 kaki yang sangat menarik perhatian kamal heheheh……….



Sabtu, 6 Oktober 2012

HARI PERTAMA DI SABAH

HARI PERTAMA DI SABAH
 Wednesday, July 04, 2012
 BERSAMA ANOD, KAMAL, UQIE, LYNN & SARA
 


Dato Tengku Zainal Adlin sedang memperkatakan sesuatu kepada kami tentang tempat-tempat menarik di Sabah. 


PUDING KELAPA antara yang perlu dicuba apabila sampai ker KK

Rumah Terbalik (Upside Down)

 

Sampai di lapangan terbang antarabangsa kota kinabalu dalam pukul 12.30 tgh hari.keluar saja dari airport anod dah menunggu kami.Anod bersama kereta sewa yg pada mulanya menyewa BLM tapi kawannya bg Avanza... Alhamdulillah syukur.Destinasi kami yg pertama adalah mengisi perut yg minta diisi.So anod bawa la tempat yg paling hampir dgn airport iaitu  Tanjung Aru. Sampai kat sana wah... lautnya yg pasir dia putih,ombak yg kuat pehhhh... mulanya nak makan tapi Kamal ader janji ngan Dato Tengku Zainal Adlin sebelum dia keluar makan dengan kawan dia.so kami pun bergerak kesana dulu yg mengambil masa dalam 20minit kot nak sampai ker Bangunan Tourism Sabah di tengah bandaraya.sampai kat situ kami di sambut dengan mesra oleh Dato Tengku Zainal Adlin. Dato' menceritakanlah tentang tempat menarik disabah ni.

Bangga betul dia dengan tempat menarik di sabah. Dalam 30 minit gak dia berborak dengan kami dan dekat sekilo sorang la dapat risalah dan cd dari Dato'.taknak melengahkan masa Dato' kami pun beredar dengan ucapan terima kasih.

 Destinasi seterusnya semestinya mengisi perut yg dah mendendangkan lagu rock kapak. aper lg Anod bawak la kami ker kedai makan di tepi laut kalau tak silap saya kat Likas kot.tapi semua kedai makan kat situ kebanyakkan beroperasi pada malam hari.so Anod Cadangkan kami pergi makan kat kedai Puding Kelapa. Sampai jer kat situ trus pesan puding kelapa 4,Lokan bakar 1set,kemudian masing-masing pesan goreng- goreng lapar la katerkan.Pehhh... puding kelapa memang terbaik,(hanya di KK).

Perut dah kenyang kami pun terus ker destinasi seterusnya iaitu ke Rumah Terbalik yg dikatakan cuma ader lima jer kat dunia ni( kata diaorang lar).bayaran masuk kerumah terbalik tu pada aku tak berbaloi,tapi alang-alang dah sampai masuk gak arr.lepas dengar penerangan oleh orang pakai kain batik dan di bawa berjalan di red carpet sekitar rumah terbalik.malangnya dalam rumah tu tak dibenarkan untuk mengambil gambar.selesai jer kami bergambar lebih kurang kat luar tu kami pun beredar.teruskan ker destinasi setrusnya iaitu jambatan Tamparulli di Tuaran .sampai kat jambatan tu hujan pun menyambut kedatangan kami yg pada mulanya renyai kemudiannya sehingga menghambat kami dari situ... 

Aper boleh buat tapi sempat la kami bergambar jugak.. meneruskan perjalanan kami iaitu ker Kundasang.perjalanan ker kundasang mengambil masa dalam 45mnt ker 1 jam.dipertengahan perjalanan kami singgah di Pekan Nabalu.okay la gak la pekan dia,tak berapa besar.jalan jalan di kedai cenderamata disitu sambar gak la sorang satu topi Borneo Sabah harganya cuma rm10 jer. okay la dah dapat barang kami pun beredar.kat sini suasana sejuk mula mengigit ker tulang. sebelum sampai ker kundasang ader la beberapa tempat kami singgah untuk bergambar dengan kamera baru Kamal.perut pun dah berbunyi maklumla dah lewat petang baru kami sampai di Kundasang.sebelum kami chek-in di Strawberry Garden resort kami pergi la makan malam kat Pekan Kundasang.kat situ saya makan sup soto(bihun tebal) Sambil tu order gak sayap ayam .

Selesai kami semua makan kami pun terus ker hotel untuk chek-in hotel kami yg dah ditempah pada awalnya oleh Anod.sampai hotel badan pun dah tak larat,kene pulak suasana sejuk pehhh memang terbaik untuk landing ni......Zzzzzzzzzzzz...

Isnin, 9 Julai 2012

Hari keempat di Kota Kinabalu


Pemandangan dari tempat dimana pada malam harinya penuh dengan ikan bakar di sebelah Pasar Philiphine. Di belakang kami kelihatan kapal kapal nelayan yg baru melabuh untuk  memunggah hasil tangkapan di sebelah kanan kami manakala pulau dibelah kami dipanggil pulau Philiphine kerana dipenuhi dengan mereka.




makan tengah hari di Tanjung Aru




permandangan dari pantai Tanjung Aru, disebelah kiri adalah
Lapangan terbang Antarabangsa KK.
   

antara rumah air yg masih ader lg kota kinabalu
berjalan jalan di pasar philiphine untuk mencari  bekalan untuk di bawa pulang
antara berjenis jenis ikan laut yang siap di bakar terhidang menanti  anda  di pasar  philiphine

Khamis, 5 Julai 2012

Hari kedua di Kundasang..

HARI KEDUA DI SABAH
THURSDAY 2012 JULY 05

Hari kedua nak bangun pagi pun malas... pagi yg cerah lagi awal dari semenanjung cuaca sejuk masih mengigit tulang ni.raser macam taknak mandi jer tapi memandangkan banyak aktiviti yg nak gi,aku gagahi la jugak.semua dah siap,agenda utama adalah sarapan pagi... so gi arr cari kedai makan,jalan-jalan jumpa la dengan Café Walai Tokou.tengok menu dia ok gak arr ada goreng-goreng dan ke makanan Westen.Harga dia RM7-8 kalau tak silap saya la.. tapi yg paling saya tak suka sebab kat sini banyak lalat… tak tau mana datangnya.(mungkin sebab tu perut asyik meragam jer…) 
 

Selesai jer makan kami pun terus ker destinasi pertama kami untuk hari ini ialah Kundasang Dairy Farm.Jarak dari kedai makan ker Dairy Farm tu lebih kurang dalam 20mnt jer.Tempatnya terletak di atas bukit,jadi ia memang perjalan yg mendaki.Bayaran masuk ker sana Cuma Rm3 sahaja. Dari jauh dah nampak padang ragut yg luas saujana mata memandang.padang ragut yg ala-ala di New Zealand ni dengan suasana yg sejuk memang best.

Lepas bergambar kat batu besar yg menyambut kedatangan kami,kami pun terus pergi ke kilang memproses susu lembu disini.malangnyer kami tak dapat melihat proses memerah susu lembu kerana ia Cuma dilakukan pada pukul 3 petang sahaja.Tapi kata orang yg jual tiket tu boleh datang balik menggunakan tiket yg sama.Kami beli la susu dan coklat kotak yg dijual dengan harga yg murah.kata penjual susu tu produk ini dipasarkan Cuma di Sabah dan Sarawak sahaja. Dan untuk kali terakhir kami pun bergambar sekali lagi dengan lembu-lembu dengan lebih dekat lg. 

Selesai bergambar kami pun teruskan perjalanan kami iaitu destinasi kedua iaitu War Memorial Kundasang.Dalam perjalanan ke sana kami singgah di sebuah resort yg boleh dikatakan termahal di situ sempat juga la kami bergambar dengan Ieza yg baru balik kerja di resort berkenaan.Sampai jer ke War memorial tu sekali kami dikenakan bayaran masuk iaitu Rm3.Disitu tempatnya di jaga bersih.





 
Kat situ terdapat taman taman kecil dan nama-nama tentera British yg terkorban di Borneo.Tempat ini juga dikatakan buah fikiran bersama Dato’ Tengku Zainal Adlin.selepas selesai acara bergambar kami pun terus ker destinasi ketiga kami iaitu Poring Hot Spring.sebelum tu sempat singgah di Pekan Kundasang yg sama seperti kedai sayur dan buah di Cameron Hingland.sempat jugak la kami beli buah-buahan yg siap di potong untuk bekalan kami di hot spring nanti.
 
Perjalanan kami mengambil masa dalam 30-45 mnt.Sampai kami di Poring Hot Spring seperti biasa bayaran masuk untuk seorang adalah Rm3.Kami pun dengan bersemangat nak mandi air panas siap salin kasut.Perjalanan ker hot spring melalui jambatan baru dalam 15mnt jer. kat situ ader kemudahan surau dan tandas dan tempat salin baju yg selesa.tiba disitu kami nampak papan tanda yg tertulis Canopy Walk
 
 Kitaorg pun menerus kan la perjalanan menuju mengikut arah papan tanda tersebut.sebelum tu terdapat juga taman rama rama di situ yg mengenakan bayaran Rm3 juga.Sampai jer ker kaunter canopy walk tu sekali lg kami perlu membeli tiket yg berharga Rm3 tetapi kami perlu menambah Rm5 untuk camera.
 
Jadi kami hanya membayar untuk satu kamera iaitu kamera kamal la.perjalan untuk sampai ker jambatan gantung tu  rupanya penuh berliku.perlu medaki adalah perjalanan yg memenatkan dengan hanya memakai selipar.So saper-saper yg nak naik ker Canopy Walk pastikan pakai kasut dan kalau gayat takyah la memenat kan diri mendaki perjalan termasuk canopy walk hampir 1000 meter.
 
Selesai jer canopy walk mulalah kaki kami semua sakit coz semua pakai selipar jepun jer.mujur la ader kolam air panas kat bawah tu aper lagi semua pun pakat rendam kaki arrr mula nya nak mandi tapi penat agaknyer dan maser yg diambil kat atas tu lama sangat so rendam kaki cukup arr.
 
Selesai acara kami di poring kami pun meneruskan acara kami seterusnya iaitu ker Sabah tea.kamal kater sabah teh itu pun dah nak sampai baru dia tau ohhhhh kater la tehhh…(rupanya dia taktau kitaorg nak gi mana….) 
 
senja di pekan kundasang..

Ladang teh dia tak la besar macam kat cameron Hingland tu dam suasana kat sini tak dingin macam cameron. Lepas kami dah beli teh untuk dibawa balik kl kami pun pekene la teh kat café dia. Saya pun cuba la teh tongkat ali pehh… kalau korang tak tahan pahit tak payah order la……. Anod order Teh Tarik Nalapak pehhh 3 layer tu… Harga nya Cuma Rm4 sahaja best mesti cuba tu.. 
 
Habis lepak kat sini kami pun bergegas la berangkat ker kundasang kembali… dalam perjalanan pulang tu kami singgah ker Kompleks sukan Ranau.kompleks ni terletak diatas bukit dan suasananya amat dingin sekali. Kompleks ni memang seperti yg kita tau, kompleks yg tidak diurus dgn teliti.. so bila kami dah sampai sini kami pun cuba la trek dia……. Trek dia bersih dan cantik terdapat beberapa orang tempatan sedang berjoging ketika itu. Di dalam dewan juga terdapat beberapa orang sedang bermain badminton. 
 
Dah penat kami berlari dan berposing kami pun meneruskan perjalanan kami… perut kami pun dah minta diisi so kami pun cari la tempat makan. Setibanya kami di Pekan Ranau kami pun singgah ker KFC, sajer nak makan KFC Sabah…hehehe.Selesai makan KFC Ranau Lynn mengidam untuk makan bihun tomyam lalu kami mencari kedai tomyam mujur terdapat kedai tomyam di pekan tersebut. Sementara menunggu tomyam di ”top-up” bak kata kamal (tapau), Anod dan Kamal mencari klinik kerana kamal sakit perut. Tapi mungkin kerana agak lewat tiada satu klinik pun yg beroperasi. 
 
Kami pun meneruskan perjalanan kembali ke tempat penginapan kami. Setelah sampai kami pun merehatkan badan dalam suasana cuaca yang sejuk kerana perlu bangun lebih awal untuk perjalanan yang jauh keesokkan harinya….zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..    

Selasa, 3 Julai 2012

hari ketiga di sabah

HARI PERTAMA DI SABAH
BERSAMA ANOD KAMAL UQIE LYNN SARA
Friday, July 06, 2012 








Tanjung The Tip of Borneo


The Tip of Borneo.
Pagi di Kundasang seperti biasa cuaca sejuk yg seperti taknak tinggalkan katil yg sejuk .so agenda hari ini memerlukan kami bergerak awal kerana mengikut anod perjalanan menuju ker Tip of Borneo memerlukan masa antara 2 setengah ker 3jam. So apabila semua dah siap kami pun menuju ker destinasi kami dan dalam perjalanan tu kami singgah ker Pekan Kota Belut untuk sarapan pagi. Pekan yg tak berapa besar tu kelihatan amat sibuk dengan terdapat banyak bank-bank di situ kota belut terkenal dengan kuda padi nya. Selesai kami sarapan kami mengisi minyak penuh minyak avanza kami kerana di sabah susah untuk mengisi minyak kerana hanya di pekan- pekan sahaja terdapat stesyen Minyak. The tip of Borneo ter letak di Simpang Mengayau mempunyai pantai yg cantik dan ombak yg kuat.ianya adalah bucu negeri sabah didalam peta.cuaca hari amat panas sekali dan kami nampak ader la sorang peniaga ais krim menggunakan motorsikal roda 3 tu.kami belilah 2 conetto 3 ais krim biasa yg harga di kedai biasa dalam Rm1- Rm1.50 tapi kat situ kami terkena semua sekali Rm16 hengget. Pengajarannya tanya dulu arger sebelum membeli. Permandangan kat sini memang cantik dengan pantai dia yang jernih dan ombak yang kuat. Tak ramai yg mandi kat sini mungkin sebab terlalu jauh kot dan kebanyakan yang mandi kat sini adalah mereka yang menginap kat chalet berhampiran. Ataupun coz kami datang pada hari bekerja…heheheh. Coz kami tak mandi so agenda kami ialah posing time. Habis la semua tempat kami berposing lebih lebih lagi kat mercu tanda Tip of Borneo yang menandakan kami telah sampai ker penghujung peta Malaysia timur. Kebetulan pada masa itu beberapa pelancong dari Sarawak yang berada disitu meminta tolong kami untuk menangkap gambar mereka, lepas mereka kami la pulak mintak tolong dari mereka… heheheh. Selepas hampir sejam kami bersessi fotografi kami berlima pun menempuh kembali jalan yang kami lalui tadi. Destinasi seterusnya ialah ke Kota Kinabalu dimana disitu juga adalah tempat terakhir kami bermalam di Sabah. Ketika dalam perjalanan pulang kami sempat singgah ke Rumah Panjang Kaum Rungus di Kudat.Kami disambut dengan kedai perhiasan daripada manik yang sangat popular di sabah.di situ kelihatan beberapa kaum ibu dari kaum Rungus sedang membuat hiasan yg berupa gelang tangan, rantai dan bermacam macam lagi dari pada manik. Setelah selesai melihat perhiasan tersebut, kami terus ke pintu masuk untuk kerumah panjang tersebut. Bayaran masuknyer adalah RM3 sahaja seorang. Panjang rumah tersebut lebih kurang 50 meter panjang. Di bahagian dalamnya terdapat beberapa buah bilik. Juga terdapat beberapa jenis gong yang berbagai saiz di pamerkan disitu. Setelah meluangkan masa lebih kurang 40 minit kami kami pun meruskan perjalanan kami yang masih jauh untuk sampai ker Kota Kinabalu. Kami perlu mencari tempat penginapan apabila sampai di KK kerana kami masih belum menempah hotel disana. Menurut Anod tempat penginapan cukup banyak di KK kerana itu kami tak perlu risau. Kami sampai di KK ketika malam telah menjengah langit di Kota Kinabalu. Terus kami ke kawasan di mana pasar malam diadakan berhampiran Pasar Philiphine. Setelah mendapat tempat meletak kenderaan perut kami pun meminta diisi setelah melalui perjalanan yg agak panjang dari Kudat tadi.Tempat makan popular disitu mana lagi kalau tak berhampiran pasar Philiphine iaitu medan ikan bakar.
Setelah membuat pilihan antara deretan gerai ikan bakar kami pun duduk di salah sebuah gerai yang kami kira mempunyai harga ikan yang berpatutan. Memilih jenis ikan bakar yg mengikut selera kami dengan disajikan dengan Rumpai laut adalah satu pengalaman yg pasti dilalui oleh sesiapa yang melawat Sabah. Tak cukup dengan ikan bakar Lin juga menyuruh saya mencari Udang karang yg mana kita ketahui sangat mahal harganya di semenanjung tetapi saya boleh dapati di sini pada harga Rm25 seekor yang sederhana besar. Setelah selesai makan malam kami terus ker pasar Philiphine yang kebanyakan kedai sudah bersedia mengakhiri urusan mereka pada hari itu. Jadi tak banyak kedai yang dapat kami singgah.Setelah mendapat beberapa buah tangan berupa mutiara pada harga yang agak mahal di situ kami pun beralih pula pada deretan pasar malam di seberang jalan. Di situ perhiasan dari pada mutiara asli adalah lebih murah daripada yang berada di dalam pasar Philiphine. Anda perlu pandai memilih kerana terdapat beberapa jenis mutiara iaitu mutiara laut atau air masin yang lebih mahal harganya kerana mutiara yg lebih bulat manakala mutiara air tawar kelihatan bulat tidak sekata dan lebih murah berbanding mutiara air masin. Perlu diingatkan juga terdapat mutiara tiruan yg boleh dikenal pasti dengan melihat terdapat kesan warna terkopek pada mutiara tersebut kebanyakkannya di pasar malam di jual lebih murah. Ketika kami dipasar malam tersebut kami dikejutkan dengan adengan ragut yang melibatkan seorang perempuan dari semenanjung yang menyepit dompet panjangnyer dicelah ketiak ketika sedang memilih barangan disitu. Kerana keperihatinan peniaga disana lelaki terbabit dapat di tangkap betul betul dihadapan saya. Setelah mencuci mata dipasar malam kami memutuskan untuk pergi mencari tempat penginapan kebetulan badan kami merasa amat letih sekali. Tempat penginapan kami untuk malam terakhir di Sabah ialah di Stay Inn Hotel. Harga untuk semalam adalah Rm80. Hotel ini terletak di tingkat satu dan bersebelahan pusat urut Manja. Selesai jer proses daftar masuk saya pun terus mendapatkan katil akibat terlalu letih saya pun terlelap….zzzzzzzzzzzz